SPECIAL

SPECIAL

Saturday, October 16, 2010

RUS 101-10 XZBIT











Projek xzbit pada kali ini di ilhamkan melalui globe bumi yg telah diberikan contoh oleh lecturer kami..Kami dikehendaki membentuk globe dan menampalkan gambar2 projek kami sebelum ini pada globe tersebut..

Bahan-bahan untuk menghasilkan:
  • 2 keping board
  • gunting
  • double tape
  • gambar projek

PROJEK 9 CONFERENCE

WE CANNOT ALTER PEOPLE'S HEARTS,WE CAN ONLY INSPIRE

Perancangan Bandar dan wilayah merupakan bidang yang agak mencabar pada zaman globalisasi kini. Sejarah perancang bandar bermula pada tahun 1801 dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penilai (Committee Of Assesors) di Pulau Pinang Sumbangan awal Jawatankuasa ini ke arah bidang perancangan adalah dengan pembinaan jalan dan parit di sekitar Bandar George Town. Berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh En. T.A.L. Concannon bertajuk "Town Planning In Malaya" pada tahun 1958, terdapat tanda-tanda bahawa kenyataan rasmi yang pertama kalinya memperkenalkan perancangan bandar di negara ini berlaku pada tahun 1913. Ketua Setiausaha Pejabat Jajahan, Sir Edward Brockmen telah mengumumkan perlantikan Jawatankuasa Perancang Bandar yang berkuatkuasa bagi kawasan Kuala Lumpur dalam tahun berkenaan. Di dalam penubuhan Jawatankuasa ini, tiada Pegawai Perancang dilantik sehingga ke tahun 1920.

Perundangan awal yang berkaitan dengan perancangan bandar yang diperkenalkan adalah "Municipal Ordinan CAP 133/1913" dan "Town Improvement Enactment". Pada tahun 1921, dengan penubuhan Jabatan Perancangan Bandar selepas perlantikan Encik Charles C. Reade sebagai Pegawai Perancang Bandar Kerajaan yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pejabat pertama terletak di Bangunan Sekretariat di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Dalam tahun 1923, Encik Charles C. Reade telah berusaha memperkenalkan perundangan untuk perancangan bandar. Usaha beliau berjaya apabila Enakmen Perancangan Bandar Bil. 19 yang merupakan undang-undang perancangan pertama diluluskan oleh Kerajaan Jajahan. Enakmen Perancangan Bandar yang telah digunapakai selama ini telah dipinda dan diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 28 Februari 1927.

Selepas peperangan iaitu sekitar 1948, aktiviti Jabatan diperluaskan bagi merangkumi kawasan-kawasan Lembaga Bandaran (Town Board) dan Majlis Bandaran (Municipal) di dalam Malayan Union. Di bawah Perjanjian Persekutuan 1948, Jabatan Perancangan Bandar Persekutuan dikekalkan sebagai satu badan penasihat dalam aspek perancangan. Berikutnya pada tahun 1949, Jabatan Perancangan Bandar mempunyai bangunan pejabatnya sendiri yang terletak di belakang Bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Pejabat ini diketuai oleh Encik T.H.H. Hancock yang kemudiannya diganti oleh Encik Thomas Arthur Lawrence Concannon sebagai Pegawai Perancang Bandar Persekutuan pada tahun 1950. Aktiviti Jabatan meliputi penyediaan pelan-pelan pembangunan Kampung-Kampung Baru (1950-1954) dan perancangan Bandar Baru Petaling Jaya (1952-1953).

Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem perkhidmatan perancangan telah dijalankan berdasarkan kepda Sistem Dua Peringkat iaitu Persekutuan dan Negeri di bawah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan. Mulai tahun 1958 hingga 1978, Jabatan-jabatan Negeri telah ditubuhkan bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia dengan nama Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri.

Profesion perancangan bandar dan desa ini merupakan salah satu profesion yang penting dalam menggerakkan pembangunan, bukan hanya di negara Malaysia, malah di mana-mana negara maju yang lain. Sama ada perancang bandar di peringkat Persekutuan, Negeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, atau swasta peranan perancang bandar amat penting dalam memastikan pembangunan yang berlaku sentiasa bersifat ‘planning-led’ atau berasaskan perancangan yang rapi dan sempurna. Dalam keadaan begitu, barulah persekitaran petempatan yang berkualiti dapat dibina oleh semua pihak, dan yang pentingnya, ia dapat dirancang pada asalnya oleh para perancang bandar dan desa.

Tugas perancang Bandar ini amat mencabar kerana terpaksa menyesuaikan pembangunan negara serasi dengan pembangunan yang mampan kerana dunia kita sudah tua dan mencabar dari segi memenuhi kehendak masyarakat dunia.Hal ini kerana,perancang Bandar juga hendaklah memikirkan keadaan yang sesuai dengan situasi masyarakat persekeliling dan juga keadaan persekitaran kerana PERANCANG HANYA MAMPU MERANCANG DAN MEMBERI INSPIRASI PEMBANGUNAN KERANA MASYARAKAT YANG MENENTUKAN KEHENDAK MEREKA..Oleh itu,perancang Bandar juga mempunyai objektifnya yang tersendiri dalam merealisasikan pembangunan yang mampu selari dengan kehendak dan keperluan masyarakat sekeliling.Antara objektifnya ialah:

Objektif

  • Untuk mengukuhkan sistem pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi di kawasan bandar dan desa bagi meningkatkan taraf kehidupan selaras dengan matlamat negara
  • Untuk mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah melalui pelaksanaan berkesan Akta Perancangan Bandar dan Desa dan akta-akta berkaitan
  • Untuk menggubal dan melaksana kaedah, dasar, pelan dan garis panduan perancangan serta memastikan pemakaian yang berkesan oleh semua agensi di peringkat perancangan
  • Untuk memastikan pekhidmatan perancangan bandar dan sistem maklumat yang berkualiti bagi keperluan perancangan jangka panjang

Disamping itu,perancang Bandar juga mempunyai piagam pelanggan nya yang tersendiri.Perkhidmatan yang terbaik ialah perkhidmatan yang dapat memuaskan semua hati pelanggan nya.Oleh itu,Dasar Perbandaran Negara telah dibentuk dan merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efiesien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk Bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial,ekonomi dan fizikal di dalam Bandar.Ia juga akan dijadikan asas untuk mengalakkan integrasi perpaduan kaum yang akan tinggal dalam kawasan Bandar.Dasar Pembangunan Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan Bandar di semenanjung Malaysia penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan.Dasar ini akan mengariskan perkara-perkara teras,dasar-dasar,langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara selari dengan kehendak masyarakat..

DOMESDAY PART 2









Kerja-kerja menyambungkan dome telah dilakukan tetapi terdapat masalah yg tidak dpt dielakkn kerana keadaan buluh yg tidak kukuh, tp ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus membina big dome tersebut..

Tuesday, October 12, 2010

DOMESDAY...






24 September 2010,hari domesday diperkenalkan...kami dikehendaki menbina BIG DOME daripada buluh..Setiap pelajar diberi tanggungjawab masing2 utk menyiapkan dome tersebut..Setiap pelajar diberi 1@2 buluh utk disiapkan..dan semua buluh tersebut akan disambungkan mengikut saiz yang telah ditetapkan dan kemudiannya akan terhasil lah sebuah BIG DOME..

Wednesday, October 6, 2010

PROJEK 8B (BIG BAMBOO)

BIG BAMBOO, Cik Wan telah memberitahu kami sume dan ahli2 yg menyertai group BIG Bamboo ini tentang keunikan buluh dan juga kegunaan buluh pada masa kini dan masa hadapan..

Buluh merupakan sesuatu yg unik kerana ianya dapat dilentur dengan baik dan sifatnya yg tidak mudah patah dan dalam masa yg sama buluh ini juga dipercayai boleh menurunkan suhu dunia(jika ditanam secara besar-besaran) dan secara tindak langsung boleh mengurangkan kesan pemanasan global yg kian membara kini..

Tentang 2012..

Cik Wan B juga telah menguar-uarkn tentang matlamat APEX universiti iaitu mengenai lompatan ke thun 2012 selari dengan mtlamt APEX universiti..Para pelajar dan juga pensyarah hendaklah bertungkus lumus bersama2 menyahut cabaran apex universiti ini..kerana usm akan bersaing di peringkat antarabangsa..

Ramalan bencana 2012...

Para saintis ada juga mengkaji bhwa pada thun 2012 akn berlaku byk bencana alam..Projek IBU telah dikaji oleh pjr2 dan lec ttg langkah2 yg perlu dilakukan...bab kata pepatah,sediakn payung sebelum hujan...IBU merupakan tmpt menyelamatkn mangsa2 semasa berlakunya bencana tersebut...IBU direka khas dan terdapat pelbagai kemudahan di dalamnya seiring dengan keperluan manusia...

Wednesday, September 22, 2010

makcik-makcik buat asmnt....


BAHAGIAN 1 : LOOKING BACK

Kali pertama jejak kaki ke usm,suasana lain sgt,sume perkara mesti kena buat sendiri dari segi pendaftaran pelajar pon..aku rs janggal sgt masa tuh.Fmly hantar aku ke sini dgn berbekalkn harapan agar aku dpt belajar dgn baik dan berjaya dalam hidup,InsyaAllah...Masa tuh,aku jd tekad nak belajar btul2 n xnak hampakan harapan ibu bapa aku,aku akan igt jasa fmly aku yg susah payah hantar aku masa tuh...ALhamdulilah coz ms tuh sume adik beradik aku,so sekurang2nya au dpt tgk adik2 aku wt kali terakhir sebelum diorang tgl aku...wawawa..sedihhhhhhhhhhhhh...nak balik!!!

Dengan berbekalkn harapan fmly,aku bjr kat sini..Hari pertama msuk kelas,Lec aku dh bg asmnt,mula2 tuh terkejut gak lah cz fesday dh bg asmnt..cz xtaw ag liku2 hidup bjr d U nih..urmmm

Harapan FMly:
  • Belajar bersungguh-sungguh biar dpt result yg baik
  • Ingt jasa ibu bapa yg susah payah selama nih
  • Dapat bntu fmly n balas balik jasa ibu bapa
  • Dapat segulung ijazah
Perubahan:
  • Punyai perubahan dlm segi hidup berdikari
  • Ekonomi diri dpat diuruskan dgn sendiri
  • Dpt belajar dunia pembinaan.
  • Pengetahuan am dlm diri meningkat.

BAHAGIAN 2: LOOKING FORWARD

Bahagian kedua mengisahkan tentang perkara yg berkaitan dgn movie 2012..fuuhhh..nsib baik aku dh tgk citer tuh,kalau tak,memang blurrr kot dgn asmnt nih..Abg sulung aku lah yg suruh aku tgk sgt citer nih..urmm,nsib baik aku nih adik mithali,ikut jelah ckp die...hehehe

Berkisahkn citer nih,aku dpt memberi sumbangan idea iaitu idea menciptakan sebuah spongeball yg telah aku ilhamkn di blog yg terdahulu..spongeball nih merupakan ank kepada pondok..kih3..spongeball akn memuatkn mangsa bencana dlm tempoh tertentu sehinggalah bencana tersebut tamat..

Sumbangan kedua,aku akan mencipta makanan yg tahan lama yg telah di awet utk tempoh yg lama.Makanan amt penting utk memberi tenaga kepada manusia.aku juga akn membekalkan herba yg diperbuat drpda tongkat ali atau nama sains nya ialah Standardized Eurycoma longifolia.Herba ini sangat penting utk penyakit2 tertentu..

Kekuatan diri...
Dari kecil lg aku telah di asah dengan aktiviti yang lasak2 oleh ayh aku..contoh nya dr umur 5 tahun ag,aku dah ikut ayah aku pergi camping dalam hutan,pergi redah hutan, dan sampai lah skg,aku memang mint gler g camping...Bagi aku pengalamn tuh penting dan xdpt di beli di kedai basikal pom..hahaha..

BAHAGIAN 3:MONUMEN

Pergi ke perkuburan orang yahudi di Jalan Zainal Abidin..



Monumen aku...

Friday, September 10, 2010

ASGNMT HARI RAYA...





Sebelum aku nak mengarang ttg projek aku kali nih..aku nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri kpd sume tenaga pngajar ku dan juga sume shbt2 ku d HBP...

Pada kali ini,kami dikehendaki design kn survival kit aku sndiri..huhhu..Alhmd dpt juga aku menyiapkn design nih setelah puas menunggu laman web En.Wan B tuh 'terbuka'...hurm,myb laen bz kot mentang2lah hari raya,laen wt hal lak..hurm..tp xpelah...myb ni cbrn bg aku utk lebih bersabar..

Hasilnya seperti berikut:

Aku namakn projek aku kali ni sbg spongeball...huhuhu...

BUMBUNG:
Bahagian bumbung spongeball nih aku memilih invention jenis Innovative And Novel Membrane Morphplogy..Bahan ini merupakan bahan yang terbaik bagi aku untuk menghasilkan spongeball aku nih,kerana struktur nya yang ringan bersesuaian untuk daya tampungan di dalam air,kukuh dan stabil..Bumbung spongeball juga boleh terbuka dan lantai di dalam bumbung tersebut akan terangkat dan dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai koridor semasa musim panas@bencana tersebut berakhir..Hal ini di ambil kira kerana,manusia dpt menghirup udara semulajadi setelah lama berkurung didalam spongeball tersebut.
Secara tidak langsung juga,bumbung juga boleh dijadikan sebagai perahu @bot..bahan nya yang ringan membuatkan perahu@bot tersebut boleh terapung dgn stabil..Perahu @bot tersebut boleh diguna ketika dalam kecemasan..

LANTAI
Bahan yg digunakan untuk mghasilkan lantai ialah invention daripada Nanocomposite Epoxy Hybrid kerana mempunyai daya tahan yang kuat dan ringan.Oleh itu,spongeball ini dapat menampung ramai manusia dlm satu2 masa...kira2 50 orang dalam satu2 masa..

Manakala,bahagian dinding dalam pula aku memilih material jenis span,.Hal ini kerana,span dpt mengurangkan kesakitan kepada manusia di dalam spongeball ketika berlaku pergeselan @ pertembungan spongeball dgn objek keras di bhagian luar ketika berlaku bencana tersebut.Seterusnya dapat memberi keselesaan kepada penghuni didalam nya..

Seterusnya,aku mencipta dua jenis tangga iaitu tangga untuk manusia normal dan orang kurang upaya(OKU)..Hal ini dapat memberi hak yg sama rata kepada sume manusia.